Siti- Lifestyle Blogger

About author

famehitz
famehitz 31 posts

Famehitz brings you the most trending content in hopes to promote great awareness & inspiration daily. Search, browse and discover the latest articles written by our #Famehitzers . Impact lives by sharing them on social media. Read and create reviews to inspire others on this one platform. We believe everyone deserves a place for their voices to be heard.

View all posts by this author →

Siti- Lifestyle Blogger

1. Tell me about yourself. 
Nama saya Siti Nadia Bte Johari. Umur saya 29 Tahun. Saya telah menamatkan pelajaran dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan di Universiti Utara Malaysia. Saya sudah berkahwin. Saya merupakan seorang isteri dan juga sudah menjadi seorang ibu. Mempunyai seorang anak. Kini, saya adalah surirumah, dan juga blogger sepenuh masa. Seorang yang periang dan sentiasa ingin beri kebahagiaan kepada semua orang.
2. What is your childhood dream? Did you make it happen? 
Impian saya waktu kecil, banyak..hehee, nak jadi cikgu tadika, sebab saya suka kanak-kanak, tapi tak kesampaian, sebab tak pernah dapat mana-mana tadika pun bila saya mohon..hahaa. Tapi saya tak rasa sedih pun, sebab masa tu saya jadi babysitter kepada anak-anak buah saya..hehee..sama kan macam tadika..hehee.
3. What is your passion? Besides blogging, what do you do as passion or to earn a living? 
Semakin besar, saya lebih cenderung untuk berniaga, memandangkan ayah saya berniaga sendiri, saya berazam untuk menjadi businesswoman. Masa belajar saya dapat kos keusahawanan. Sebelum berkahwin, saya ada bekerja bagi mencari pengalaman. selepas berkahwin, saya telah berhenti kerja dan menjadi surirumah. Selain blog untuk saya mencari rezeki, saya ada menjual produk untuk mendapatkan pendapatan dan saya telah bermula dari bawah sebagai dropship untuk mencari pengalaman berniaga. Saya berazam untuk menjadi businesswoman yang berjaya.
4. What type of blogger do you want to be(which field do you specialise in writing)? What’s your goal to achieve as a blogger? How you actually started blogging? 
Dulu waktu kecil, saya suka menulis diari dalam buku. Segala luahan, cerita saya tulis dalam buku. Entah dimana buku tu sekarang..hahaa. Lepas tu, waktu belajar di Universiti, saya berkenalan dengan suami saya sekarang ni. Dia lah yang mengajar saya cara berblogging sebab nampak saya membuat status di media sosial terlalu panjang..hehee. Pada 2011, saya mula membuat blog dan sampai sekarang saya masih berblogging.
Baru saya tau blogging ni banyak kebaikkannya. Kita boleh berkongsi dengan semua orang apa yang kita tau. Tak pernah terfikir yang blog ni ada niche dia sendiri, bagi saya, apa saya lakukan, apa saya buat, apa saya makan, apa saya pakai, saya kongsi. Saya lebih suka lifestyle blogger sebab dapat berkongsi apa sahaja dengan semua orang. Saya suka menjadi blogger bukan sahaja berkongsi cerita, malah dapat berkawan dengan ramai orang. Dapat berkenalan dan berhubung dengan ramai orang. Lagi teruja bila, apa yang kita kongsi dekat blog, orang suka dan datang baca.
Matlamat saya sebagai penulis blog, saya akan terus berkongsi apa sahaja cerita yang mungkin dapat membantu pembaca untuk mencari apa yang di cari, atau apa yang disukai. Sekarang semua gunakan medium internet, pergi mana-mana mereka akan search google.
5. What does the word success means to you? 
Kejayaan bagi saya ialah, maju dalam apa jua kita lakukan. Menjadi seorang surirumah pun satu kejayaan sebab bukan mudah menjadi surirumah yang bekerja ni..hehee. Nak kemas rumah, nak masak, nak jaga anak, jaga suami..hehee..kerja lebih 24 jam. Yang penting saya gembira apa yang saya lakukan.
6. What is your biggest dream now? 
Impian besar saya untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada suami dan anak. Juga kepada ibu bapa. Sentiasa memberi kebahagiaan kepada mereka. Kalau mereka bahagia, saya pun bahagia. akan terus berusaha untuk menjadi businesswoman.
7. If you are even a million dollars, what would you do with that money?
Saya akan tersenyum sepanjang hari..hehee. Pertama sekali, saya akan simpan separuh. Selain itu, impian saya sebenar ialah ingin melancong ke seluruh dunia.Saya suka travel, tapi disebabkan tidak cukup duit, saya travel dalam Malaysia sahaja. Tapi itu pun dah puas hati..hehee.
Lagi, saya akan beli gadget telefon, kamera untuk saya mengambil gambar dengan cantik sebagai kenangan. Oh lupa, tv saya pun dah rosak tiada suara, jadi saya nak beli tv baru yang lebih besar..hahaa.
Saya suka dekorasi rumah, kalau ada duit banyak, memang saya akan decorate rumah saya menjadi sebuah rumah yang sangat indah sampai taknak keluar rumah..hehee.
8. What is the biggest challenge you have encountered in your life? and how you overcome it? 
Challenge paling besar,ermm..Setakat ni cuma fikir kewangan je la. Tapi takda la besar mana. Saya berjimat cermat dalam membeli barang. Kalau nak pun, beli memang nak guna.
9. If you need to choose just one cosmetic product you can’t live without, what item would that be? 
Foundation tak boleh berpisah. Sebab muka saya ni bukan lawa sangat, jadi foundation boleh menutup cela dekat muka ni..hehee.
10. What advice would you give to other aspiring bloggers? those who wants to starts a blogging career? 
Teruskan menulis dan menulis. Tak kira cerita apa pun, yang penting bermanfaat kepada semua orang. No gossip please..hehe. Tulis dengan hati yang ikhlas, dan awak akan jumpa style awak sendiri nanti. Blogging ada banyak caranya, jumpa dan bertanya kepada yang pakar untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.
Previous Sylvia- Beautiful Mommy & beauty blogger
Next Lala Rahim- a great cook & writer

0 Comments

No Comments Yet!

You can be first to comment this post!

Leave a Reply


Average rating:  
 0 reviews
Submit your review
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review